Thursday, August 17, 2006

Tak Habis Lagi Dia Ni !!!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan terus ‘bersuara’ untuk memberikan penjelasan kepada ahli UMNO mengenai isu jambatan dan Tun Dr. Mahathir Mohamad walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua pihak menghentikan segala bentuk perbincangan berhubung perkara itu.

Beliau yang akur dengan arahan Timbalan Perdana Menteri itu berkata, penjelasan berkenaan bagaimanapun akan dibuat dalam konteks parti semata-mata dan tidak akan dilakukan kepada umum.

‘‘Saya akan bercakap ketika merasmikan mesyuarat perwakilan kerana ia adalah penting untuk mengingatkan kepada ahli bahawa kapal kita hanya ada satu nakhoda iaitu Perdana Menteri selaku Presiden UMNO,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Kompleks Mahkamah di Suka Menanti di sini hari ini.

Nazri mengulas arahan Najib semalam yang mahu semua pihak menghentikan secara muktamad perbincangan mengenai isu jambatan dan Dr. Mahathir.

Ini kerana, tegas Timbalan Perdana Menteri, isu-isu berkenaan telah dijawab dan dijelaskan berulang kali oleh kerajaan dan tidak perlu dipanjangkan lagi.

Nazri berkata, penjelasan kepada ahli parti adalah penting bagi mengelakkan krisis politik UMNO sebagaimana yang berlaku pada tahun 1987 dan 1998 berulang.

‘‘Sebelum ini, Tengku Razaleigh Hamzah dan selepas itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini Tun (Dr. Mahathir) pula dan jika kita tidak berhati-hati, apa yang berlaku dahulu akan berulang kerana Tun seorang yang berpengaruh,’’ katanya.

Menurut beliau, penjelasan yang akan diberikan kepada ahli-ahli UMNO adalah semata-mata untuk perpaduan UMNO dan tidak ada kaitan dengan individu tertentu.

‘‘Pesanan-pesanan ini akan terus disampaikan kepada ahli dan ia akan selesai selepas semua mesyuarat perwakilan tamat,’’ jelasnya.

Nazri turut bersetuju dengan kenyataan Najib bahawa kerajaan akan terus ‘mendendangkan lagu yang sama’ setiap kali jawapan diberikan kepada isu yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir.

Beliau, bagaimanapun menyerahkan kepada Dr. Mahathir sekiranya bekas Perdana Menteri itu mahu terus membangkitkan beberapa isu termasuk jambatan bengkok kepada kerajaan.

Nazri mengulangi kenyataan beliau mempunyai bukti bahawa segala isu yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir mempunyai motif untuk melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecundang pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, Dr. Mahathir seolah-olah tidak mengendahkan penjelasan yang diberikan kerajaan sebaliknya melakukan sesuatu yang boleh mempengaruhi pemikiran ahli UMNO.







Dia ni sakit aper nih ? Dah TPM cakap STOP..tapi dia ni tak abis nak cerita pasal jambatan..Dia ni nak jadi aper ? Hero ?Monyet ?

Dia ni giler kuasa ker aper ? Aku harap sangat dia ni kalah dalam pilihanraya akan datang, time tu baru nak tutup mulut kot.

No comments: