Wednesday, August 23, 2006

Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!!

Selamat menyambut Hari Merdeka Yang ke 49........
Apakah erti kemerdekaan pada kita ? Setelah 49 tahun merdeka apa yang boleh kita banggakan ?
Setelah 49 tahun merdeka (yang konon nya bebas dari penjajah) adakah kita tidak lagi sedar yang secara tidak lansung diri kita juga dijajah.Adat budaya telah dijajah,apakah yang kita lakukan bila tiba hari kemerdekaan ? Mat rempit bermaharajalela di jalanan, pusat hiburan dibuka sampai pagi,di dataran,padang(yang terdapat di setiap negeri) diadakan konsert yang kononnya digelar"konsert kemerdekan" di mana lelaki dan perempuan berhimpit-himpit,perpelukkan dan ada di antaranya bergaduh , itukah kemerdekaan yang kita laungkan ? Wajarkah kita melaungkan MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!! di tempat-tempat sebegitu ?Adakah ini yang Allahyarham Tunku Abdul Rahman perjuangkan ? supaya generasi sekarang meyambut hari kemerdekaan dengan terkinja-kinja di pusat hiburan, merayakan kemerdekaan dengan arak,merempit di jalanan sambil mengibarkan bendera.Adakah cara ini untuk merayakan kemerdekan ? mengingati pejuang-pejuang tanah air dengan sesuatu yang amat menyedihkan.

Thursday, August 17, 2006

Definisi Mencarut

Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Secara umumnya,mencarut adalah kelakuan yang tidak membawa sebarang faedah. Perbuatan ini bukan sahaja membazir masa, malah mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya.
Selain itu perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang. Seseorang itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang. Dalam kebudayaan orang Melayu pula, mereka yang mencarut biasanya dikatakan kurang ajar. Ini membawa maksud yang amat keras, iaitu mempunyai ibubapa yang yang tidak mengajar tertib kepada anaknya disebabkan salah satu sebab - kejahilan, kurang pendidikan, berasal dari keturunan tidak baik, dan lain-lain.

Moralnya Di Sini Jangan La Kita Mencarut Sesuka Hati. Kecuali Anda Memang Suka Mencarut Dan DiCarut

Tak Habis Lagi Dia Ni !!!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan terus ‘bersuara’ untuk memberikan penjelasan kepada ahli UMNO mengenai isu jambatan dan Tun Dr. Mahathir Mohamad walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua pihak menghentikan segala bentuk perbincangan berhubung perkara itu.

Beliau yang akur dengan arahan Timbalan Perdana Menteri itu berkata, penjelasan berkenaan bagaimanapun akan dibuat dalam konteks parti semata-mata dan tidak akan dilakukan kepada umum.

‘‘Saya akan bercakap ketika merasmikan mesyuarat perwakilan kerana ia adalah penting untuk mengingatkan kepada ahli bahawa kapal kita hanya ada satu nakhoda iaitu Perdana Menteri selaku Presiden UMNO,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Kompleks Mahkamah di Suka Menanti di sini hari ini.

Nazri mengulas arahan Najib semalam yang mahu semua pihak menghentikan secara muktamad perbincangan mengenai isu jambatan dan Dr. Mahathir.

Ini kerana, tegas Timbalan Perdana Menteri, isu-isu berkenaan telah dijawab dan dijelaskan berulang kali oleh kerajaan dan tidak perlu dipanjangkan lagi.

Nazri berkata, penjelasan kepada ahli parti adalah penting bagi mengelakkan krisis politik UMNO sebagaimana yang berlaku pada tahun 1987 dan 1998 berulang.

‘‘Sebelum ini, Tengku Razaleigh Hamzah dan selepas itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini Tun (Dr. Mahathir) pula dan jika kita tidak berhati-hati, apa yang berlaku dahulu akan berulang kerana Tun seorang yang berpengaruh,’’ katanya.

Menurut beliau, penjelasan yang akan diberikan kepada ahli-ahli UMNO adalah semata-mata untuk perpaduan UMNO dan tidak ada kaitan dengan individu tertentu.

‘‘Pesanan-pesanan ini akan terus disampaikan kepada ahli dan ia akan selesai selepas semua mesyuarat perwakilan tamat,’’ jelasnya.

Nazri turut bersetuju dengan kenyataan Najib bahawa kerajaan akan terus ‘mendendangkan lagu yang sama’ setiap kali jawapan diberikan kepada isu yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir.

Beliau, bagaimanapun menyerahkan kepada Dr. Mahathir sekiranya bekas Perdana Menteri itu mahu terus membangkitkan beberapa isu termasuk jambatan bengkok kepada kerajaan.

Nazri mengulangi kenyataan beliau mempunyai bukti bahawa segala isu yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir mempunyai motif untuk melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecundang pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, Dr. Mahathir seolah-olah tidak mengendahkan penjelasan yang diberikan kerajaan sebaliknya melakukan sesuatu yang boleh mempengaruhi pemikiran ahli UMNO.







Dia ni sakit aper nih ? Dah TPM cakap STOP..tapi dia ni tak abis nak cerita pasal jambatan..Dia ni nak jadi aper ? Hero ?Monyet ?

Dia ni giler kuasa ker aper ? Aku harap sangat dia ni kalah dalam pilihanraya akan datang, time tu baru nak tutup mulut kot.

Wednesday, August 16, 2006

Layakkah Mereka ni ?

TEKA-TEKI mengenai penyertaan pasukan MyTeam dalam saingan Liga Malaysia terjawab semalam apabila pengerusinya, Khairy Jamaluddin mengumumkan pasukan berkenaan akan menyertai liga itu musim depan atas nama Perak UPB.

Katanya, ini berikutan keputusan pihak pengurusan MyTeam yang bersetuju mengambilalih pengurusan kelab Perak UPB yang sebelum ini dikendalikan serta ditaja United Plantation Berhad (UPB).

“Memandangkan sudah ada persetujuan, kita kini dalam proses perbincangan beberapa isu serta meminda beberapa perlembagaan dalam pengurusan UPB,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Teluk Intan, petang semalam.

Khairy berkata, pasukan MyTeam terpaksa bermain atas nama UPB kerana ia adalah antara permintaan pengurusan kelab berkenaan tapi ia hanya untuk satu musim.

Katanya, memandangkan pihak pengurusan pasukan itu iaitu United Plantations Berhad sudah tidak berminat untuk terus menaja pasukan bola sepak itu, pihak pengurusan MyTeam bersetuju mengambilalih.

“Kita sudah 100 peratus mengambil alih kelab berkenaan yang berpusat di Teluk Intan. Kita cuma perlu menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan pengurusan pasukan berkenaan antaranya padang latihan dan gelanggang perlawanan.

“Dalam hal ini kita besar kemungkinan mengadakan latihan pusat di luar Jendarata (padang latihan UPB) selain kita juga belum memutuskan stadium yang bakal digunakan sebagai gelanggang tuan rumah,” katanya.

Khairy berkata, pihak pengurusan MyTeam tidak berminat menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat latihan mereka kerana kosnya yang tinggi sebaliknya Seremban atau Melaka mungkin menjadi pertimbangan.

Katanya, majoriti pemain dalam pasukan MyTeam adalah mereka yang terpilih menentang pasukan Malaysia lalu, tapi beberapa pemain berpotensi UPB yang mewakili pasukan berkenaan musim lalu akan turut diberi peluang beraksi, itupun sekiranya dapat menandingi pemain MyTeam sedia ada.

Bagaimanapun, katanya jurulatih serta beberapa pegawai pasukan untuk menerajui pasukan MyTeam belum dikenal pasti lagi, tapi beberapa nama jurulatih yang pernah melatih pasukan elit dalam kancah Liga Super sedang dalam pertimbangan pihaknya.

“Kami belum mensasarkan sebarang sasaran untuk musim depan cuma penyertaan MyTeam dalam kancah bola sepak Liga Perdana adalah pasti di bawah nama UPB.

“Kami akan memanggil semua pemain yang mewakili MyTeam sebelum ini dan dalam masa yang sama bukan semua 25 pemain yang terpilih akan dipilih secara automatik, tapi sebaliknya kita akan mengadakan beberapa sesi pemilihan terbuka seperti sebelum ini untuk mencari bakat baru bagi diberi pendedahan ke peringkat yang lebih tinggi.


Kaki Ampu ?

KOTA BHARU 15 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau mempunyai bukti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad cuba menjatuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Katanya, secara tidak langsung masalah itu juga sudah mewujudkan ‘beberapa kelompok’ dalam Kabinet serta UMNO sendiri dan jika perkara itu tidak dihentikan sudah tentu masalah yang lebih besar akan dihadapi terutama pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, dakwaannya bahawa Dr. Mahathir cuba menjatuhkan Perdana Menteri sebelum ini juga tidak pernah dinafikan malah beberapa kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang pernah disiarkan dalam akhbar Straits Times Singapura sebelum ini jelas membuktikan Dr. Mahathir mempunyai niat tersebut.

‘‘Saya sehingga hari ini menunggu penafian Tun terhadap kenyataan saya benarkah dia nak jatuhkan Pak Lah tetapi tidak ada. Hari-hari saya baca semua surat khabar tapi Tun tak nafi pun,’’ katanya pada sidang akhbar selepas melawat Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Sebaliknya, Nazri menjelaskan Dr. Mahathir hanya dilaporkan berkata beliau tidak mampu untuk melakukannya secara berseorangan dan perkara sebesar itu hanya boleh dilakukan oleh anggota UMNO sendiri.

‘‘Apa tujuannya tu kalau bukan nak burukkan imej Perdana Menteri dan saya nak dengar sendiri Tun cakap Nazri ni bohong Tun cuba nak jatuhkan Pak Lah. Saya tidak ada masalah nak dedah (bukti itu),’’ katanya.

Bagaimanapun, Nazri menafikan sekali lagi pernah membuat kenyataan Dr. Mahathir sebenarnya mahu merampas kuasa kerana beliau yakin bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai niat sedemikian.

‘‘Saya bukan bodoh nak cakap macam tu,’’ katanya.

Beliau berkata, tindakannya ‘menghentam’ Dr. Mahathir bukan bermakna perasaan hormat dan sayang kepada bekas pemimpin itu sudah hilang sebaliknya ia dibuat kerana lebih sayangkan parti.

‘‘Saya sebenarnya sayangkan Tun kerana banyak kenangan manis saya bersama Tun tetapi demi lebih sayangkan parti saya terpaksa pertahankan apa yang dibuat kerajaan kerana kami sebagai wakil rakyat ada tanggungjawab kepada rakyat dan negara,’’ katanya.

Beliau berkata, demi masa depan parti, adalah lebih baik bekas Perdana Menteri itu menerima hakikat bahawa keputusan kerajaan terhadap beberapa perkara yang dibangkitkannya adalah untuk rakyat.

‘‘Takkan kerajaan menghentikan pembinaan jambatan (ke Singapura) kerana mahu mengecewakan Tun. Keputusan itu demi rakyat dan bukan mahu melihat Tun kecewa sampai sanggup berbuat begini,’’ katanya.

‘‘Takkan kita nak benarkan Tun yang pernah berkuasa selama 22 tahun (menjadi Perdana Menteri) berbuat apa sahaja untuk menghancurkan parti yang kita sayang ini.

‘‘Saya boleh slow tetapi nasihat itu juga perlu dituju kepada Tun supaya sudahlah (untuk terus mengkritik kerajaan) dan bagilah peluang kepada Pak Lah mentadbir dengan baik negara ini,’’ katanya.